Tak pernah aku duga Abah pergi secepat ni tinggalkan kami..terkejut..tu la yang dapat aku katakan..belum puas rasanya aku peluk abah..maybe ada rasa sikit-sikit rasa menyesal...aku harap,sebelum pergi Abah dah ampunkan kami semua...kami sayangkan Abah...sayang sangat..walaupun dulu-dulu aku selalu pertikaikan kenapa Abah hantar aku masuk hostel walaupun aku paling tak suka duduk hostel..rupa-rupanya ni hikmahnya...Abah nak aku dengan angah hidup berdikari..boleh survive tanpa dia..Sedih rasa hati..tapi apa daya aku...kalau boleh ganti, aku nak ganti tempat Abah...masa Mak bagitau Abah masuk wad aku panik sangat..rasa nak balik malam tu jugak..tapi mak tak bagi..kawan pun tak bagi...so pagi esoknya aku pun balik,naik bas pukul 8 pagi! Aku ponteng kelas..nasib baik assignments dah hantar..Sampai je aku terus pegi hospital,tak balik rumah pun..aku stay sana sampai petang..aku adjust pak guard bagi aku masuk hospital awal (sebelum time melawat)..macam ni la keadaan Abah masa mula-mula aku sampai..

Aku ingat lagi masa aku sampai, aku jumpa Abah,Abah macam terpinga-pinga. Dalam hati aku, kenapa dengan Abah..yelah, macam tak kenal aku jer..bila aku salam, peluk dia, tanya dia,baru dia perasan aku datang. Rupa-rupanya mata abah jadi kabur sikit, dia cakap dia pening..Sedih betul aku tengok..
Then..esoknya aku pergi melawat lagi..kali ni baru Abah nampak ok sikit..Abah pun dah pindah kat katil lain..minta wad 1st class tapi penuh,so terpaksa la duduk 2nd class..Abah pakai oksigen, mula-mula yang macam belalai gajah tu..boleh tahanla kuatnya..lepas tu doktor tukar pakai wayar je..yang slow sikit..Abah kata macam tak rasa pun..tapi dia kena pakai 24 jam la..Aku tengok Abah better dari hari yang aku sampai..maybe sebab dah ramai bagi semangat kat dia, melawak2 dengan dia..dia pun nampak ceria sikit..Pegi toilet ke mandi ke makan ke semua Abah buat sendiri..tapi Mak sorong juga dengan kerusi roda, takut Abah semput time jalan ke, jatuh ke...tu yang buat aku rasa tak percaya abah pergi dulu menghadap Ilahi. Aku ingat lagi dia bergelak ketawa dengan Pak Ngah..memang ceria sangat..

Then hari Sabtu kot kalau tak salah aku ramai la juga datang melawat..riuh rendah wad tu..family aku la yang ramai..hehe..Terharu sangat bila Ustaz Yusof sebelah rumah datang melawat, siap bacakan doa selamat lagi untuk Abah kat hospital..terima kasih ustaz..
Sebab sebak tu aku pun tanpa sengaja ter"nangis"..sampai ada yang tegur cakap muka aku pucat macam aku pulak yang sakit..
Tapi aku ok je..maybe penat jela sikit..kena masak walaupun aku ni boleh dikira jarangla masak kat dapur..hehe..kemas-kemas rumah..baiki lampu..macam-macamla aku buat kat rumah tu..bila dah siap semua aku pergi hospital lagi..Last aku pergi hari Ahad..ikutkan hati aku taknak balik KL lagi,tapi Abah suruh aku balik juga..dia kata takkan nak ponteng lama-lama,lagipun dah last sem dah..Abah cakap kat aku, esok lusa dia keluar la hospital,dia kata dia dah sihat..walaupun berat hati, aku balik juga ke KL..
Malam tu aku tak tau kenapa aku rasa nak tau sangat keadaan Abah..dua kali kot aku telefon mak..tapi mak kata abah ok je..dalam aku risau-risau tu, aku tertidur..siap mimpi lagi,tapi pelik juga la mimpi tu..aku kena marah..tapi aku tak ingat siapa yang marah aku dan kenapa dia marah aku. Aku bangun awal juga la..dalam aku fikir pasal mimpi aku tu tiba-tiba mak call nangis-nangis cakap Abah tak sedarkan diri. Aku tanya macam mana boleh jadi macam tu, mak kata abah sesak nafas, terus tak sedarkan diri, mak dah tak boleh nak cakap dah. Aku pun cepat-cepat pergi mandi..tapi masa mandi tu aku tak tau nape aku boleh cakap macam ni.."Kalau memang betul dah sampai masa Abah pergi..abah pergilah..Along redha.." Aku tak tau datang dari mana kekuatan untuk aku cakap macam tu walaupun masa tu abah belum meninggal lagi. Maybe juga sebab aku taknak Abah derita sakit lepas ni.
Then, aku ambil je beg yg dah sedia pack tu,yelah aku kan baru balik hari semalamnya. Aku telefon Pakchu, Pakchu kata balik dengan dia, tapi dia suruh aku pergi Komuter Sg. Buloh sebab dia takleh nak masuk bandar KL ambil aku, lagipun time tu time orang gi pejabat..nanti sangkut jam lagi. Masa dalam teksi ke LRT mak call lagi. tapi time ni aku dah boleh jangka apa yang berlaku.Mak cakap Abah dah takde. 11/10..Abah pergi tinggalkan kami..Aku sedih, tapi takde setitis pun air mata aku keluar. Apa yang ada kat fikiran aku, aku kena balik cepat je. Aku teringat yang aku terpaksa ponteng kelas lagi, so aku pun bagitau Kak Mayah (wakil rumah), Ming Lie (wakil kelas),dan Dr. Sabrina (wakil jabatan n maktab). Haa..aku pun bagitau kat Ruzaini, Shida, Yana n Nazri. Pastu aku teringat yang Makcik Jamaliah nak datang melawat Abah petang Isnin, so aku sms dia cakap abah dah takde..
Then, makcik jamaliah pun call aku,nangis-nangis..time tu aku pulak yang tenangkan dia..yela time tu aku kan tak nangis sikit pun. Bila pujuk-pujuk dia tu la baru aku ada rasa nak nangis. Mak Long pulak call tanya, tapi putus2..dia call nak tanya kenapa orang call dia, aku tak tau yang dia tak tau lagi pasal Abah, aku pun tanpa sengaja tertinggikan suara sikit..yela time tu aku tengah kalut nak masuk kat stesen komuter. Komuter pun satu hal, lambat cam siput, aku rasa siput pun lagi laju!Time aku tunggu komuter tu Ruzaini ngan adik dia Nana teman aku..pakchu pun da byk kali call tnye aku kat mana..At last, sampai juga komuter,aku pun naik pergi jumpa Pakchu. Time nak pergi kat kereta, Angah call..dia marahkan aku..menyalahkan aku sebab aku tak bagi dia balik jumpa abah kat hospital. Angah, along nak angah tau Along tak niat pun nak buat macam tu, Abah yang tak bagi Angah balik sebab Angah ada kelas, Angah ada exam..Maafkan Along dik..Along tak tipu, Abah memang dah sihat masa Along balik KL!
Pakchu pujuk aku dalam kereta..lepas tu sorang demi sorang call aku, sms aku sampai bateri aku flat..Aku nangis dalam kereta bila semua orang ucap takziah..aku rasa macam tak percaya Abah dah takde.
Penantian aku berakhir juga bila aku sampai, Aki (datuk aku) peluk aku..masa tu aku sebak..tak tau nak cakap apa,boleh nangis je..aku pun masuk umah, salam dengan semua orang..ramai juga rasanya..ada yang tanya aku siapa..maybe diorang tak kenal aku kot..Makcik-makcik dgn nenek-nenek sedara aku semua peluk aku, nangis-nangis..semua pun terkejut. Then, aku peluk Angah..aku cakap kat dia aku tak tipu dia..Masa ni jenazah tak sampai lagi..Pastu mak aku dengan nenek aku dengan makcik aku tiba dari Kuantan. Aku memang dah tak blh tahan dah..
Then jenazah pun sampai..dah siap kapan,solat semua..aku request minta buka keranda..aku nak tengok jenazah Abah utk kali terakhir..bila buka je aku terkejut..Aku tengok Abah macam tengah tidur, tak macam orang mati..muka dia bersih sangat..Aku nak sangat tanya orang kenapa aku rasa macam Abah hidup lagi..aku rasa nak cakap kat Abah suruh dia bangun..aku cakap kat Aki Aman (datuk sedara+jiran nenek) aku nk cium Abah..dia cakap boleh tapi jangan ada air mata..aku memang dah berhenti nangis time tu,aku nakla cium Abah..tapi jenazah Abah dalam keranda,susah nak cium..jadi aku cuma usap muka Abah..smbil cakap aku sayang kat Abah..
Then Aki Aman tutup semula keranda Abah n bw jenazah g surau utk solat sekali lagi..aku dgn yg lain-lain yg perempuan ni terus pegi kubur, tunggu kat sana. Dah siap solat, jenazah dibawa ke kubur..ramai yang ada kat kubur..sampai Pak Manap (jiran nenek) kata tak pernah ramai macam ni kalau berlaku kematian..Alhamdulillah..kawan-kawan Abah dari Perikanan dari seluruh negeri pahang ada datang..pegawai dari Putrajaya pun ada datang..terima kasih sangat...Masa tahlil 3 malam tu pun ramai, aku bersyukur sangat..masa malam ketiga tahlil,hujan lebat sangat..siap guruh,petir lagi..Orang ramai kat surau tapi tak boleh nak datang rumah sebab hujan lebat sangat. Aku bajet diorang tahlil terus je kat surau, tapi Wan (nenek) cakap kalau dah tahlil kat sana,orang tak datang rumah dah..Guess what, Pak Imam tahan semua orang..minta tunggu juga sampai hujan berhenti..aku terharu sangat dgn pak Imam..masa baca talkin utk abah pun ada dua tiga kali dia terhenti,dia nangis..sedih Abah dah takde...emm balik smula cerita hujan..disebabkan hujan tak berhenti tu aku masuk bilik..aku nangis2..doa pada Tuhan supaya berhentikan hujan..tukar dgn keinginan aku utk ziarah pusara Abah..masa abah meninggal tu aku tak boleh solat, jadinya aku belum berpeluang nak tgk secara dekat kubur Abah..masa hari ketiga tu aku rasa esoknya aku dah boleh solatla..kiranya aku cakap pada Tuhan aku redha kalau aku tak dapat ziarah kubur Abah sebelum aku balik, tapi berhentikanlah hujan sebagai ganti..guess what,hujan berhenti lepas tu..aku ucap syukur dalam hati..aku redha..sbb permintaan aku pada Tuhan tu..sampai sekarang aku belum berpeluang nak sentuh kubur Abah..sedihkan??
Aku rasa setakat tu jela dulu...lagi banyak aku tulis, lagi sedih aku..25/10 genaplah 15 hari abah pergi..Abah..semoga Abah aman di sana..semoga ditempatkan bersama orang yang beriman..aminnn..
Kepada Mak, angah n adik..tabahla sayang...I'll take care of u after this..dats my promise!